KKM sasar haram vape tahun ini - Dr Dzulkefly
Iklan
Dr Dzulkefly menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kesihatan pada Selasa. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk melaksanakan pengharaman vape bermula dengan jenis sistem terbuka, tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Iklan
Iklan
"Berhubung isu rokok dan vape, pendirian saya kekal. Penguatkuasaan penuh akta ini adalah tanggungjawab moral kita untuk melindungi generasi akan datang daripada ancaman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan popcorn lung (bronchiolitis obliterans).
"Ini telah pun saya uar-uarkan dahulu terutama vape jenis sistem terbuka dan sebagainya, mungkin kita akan membuat beberapa langkah tetapi langkah pertamanya adalah untuk haramkan jenis sistem terbuka yang telah disalahgunakan dengan pelbagai dadah sintetik," katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di sini pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata, pengharaman itu meliputi penjualan dan penggunaan vape jenis sistem terbuka.
Katanya, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata, inisiatif Rakan KKM, yang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf ekonomi premium di hospital kerajaan terpilih, dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
"Menjelang suku pertama 2026, kita bakal menerima pesakit pertama di bawah inisiatif Rakan KKM. 
"Ini adalah model ekonomi premium yang membolehkan subsidi silang berlaku, sekali gus membantu kita mengekalkan pakar perubatan di dalam sistem awam," katanya.
Beliau berkata, Hospital Cyberjaya akan menjadi hospital KKM pertama yang menawarkan perkhidmatan itu sebelum diperluas ke hospital lain. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>