1,399 mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke lapan pusat pemindahan

Iklan
Mangsa banjir di Beaufort yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

KOTA KINABALU - Mangsa banjir meningkat semula apabila seramai 1,399 individu ditempatkan di lapan pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Jumlah setakat jam 8 pagi Selasa itu melibatkan seramai 587 mangsa dari Beaufort, 277 mangsa dari Kota Belud dan seramai 535 mangsa dari Tenom.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa banjir di Beaufort ditempatkan di dua pusat iaitu 539 orang di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon dan 228 orang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Resedensi PR1MA Woordford Estate.

Sementara itu, di Kota Belud seramai 17 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Lentigi dan 260 lagi mangsa dipindahkan ke Dewan Masyarakat Tun Said.

Iklan
Iklan

Terdapat empat lagi PPS Tenom iaitu di Dewan Terbuka Labut 2 terdapat seramai 154 mangsa, Rumah Kebudayaan Kampung Ponontomon (217), Rumah Kebudayaan Mandalom Lama (120) dan Rumah Kebudayaan Pantongan Saga (44).