Rasuah tender perolehan Tentera Darat: SPRM siasat 26 syarikat

Iklan
SPRM telah memulakan siasatan ke atas 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat pada Isnin.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan ke atas 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat pada Isnin.

Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat berkenaan turut terlibat dalam siasatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan akan direman bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya.

Difahamkan, SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Iklan

Selain itu, pada 24 Disember 2025, SPRM turut memanggil tiga individu bagi dirakam keterangan berhubung kes terbabit.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) sejak tahun 2023.

Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah PTJ Tentera Darat.