Bantuan SARA RM100 tidak dibelanjakan cecah RM150 juta - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Auditorium Puspanitapuri hari ini. Foto Bernama

 

SHAH ALAM - Sebanyak 96 peratus iaitu mencecah hampir 2.1 billion rakyat Malaysia menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekali beri atau 'one-off' pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun jumlah yang tidak dibelanjakan adalah RM150 juta.

"Jumlah yang tidak digunakan akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Iklan

"Seperti dijanjikan RM150 juta tidak diambil kerajaan, kita agihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti keganasan rumah tangga, pelajar orang kurang upaya (OKU) dan keperluan khas, pembelian peranti perubatan pesakit miskin dan bank masakan dapur siswa sebanyak RM15 juta," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 di Dewan De Seri Endon, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITAPURI) Putrajaya.

Iklan

Menerusi perutusan itu, Anwar turut mengumumkan bantuan program SARA untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas itu akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Anwar berkata, bantuan tersebut diberikan kepada 22 juta rakyat Malaysia bagi meringkan beban menjelang perayaan.

"SARA tahun ini (RM100) untuk semua rakyat, ini maksud untuk persiapan ramadan dan juga sambutan Tahun Baru Cina," ulasnya

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad seawal 9 Januari ini.

"Selain itu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Januari ini," jelasnya.