MELAKA - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka, semalam.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Leftenan Komander Afiq Muzani Abdul Aziz sebelum itu dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa pada Jumaat lepas.