BOGOTA - Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Sabtu mengarahkan kerahan pasukan tentera ke sempadan Venezuela susulan pencerobohan ganas dilancarkan Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, ia sebagai langkah siap siaga untuk memelihara kestabilan di kawasan perbatasan.
Iklan
Iklan
"Ia jelas satu bentuk serangan ke atas kedaulatan negara Amerika Latin dan akan mengakibatkan krisis kemanusiaan. Situasi itu boleh diselesaikan melalui sesi dialog," tegas pemimpin haluan kiri tersebut.
Petro bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci tentang 'penculikan' Maduro yang merupakan salah seorang sekutu rapatnya di rantau berkenaan.
Wartawan AFP mengesahkan, keadaan kembali normal di lintasan sempadan antara Bogota dan Caracas.
Sejurus serangan itu berlaku, Petro menggesa Pertubuhan Negara Amerika (OAS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar untuk menetapkan kesahihan antarabangsa terhadap kempen pencerobohan Washington.
Sejak beberapa bulan lalu, Petro menjadi pengkritik lantang campur tangan AS susulan penempatan tentera AS di Caribbean atas alasan mahu memerangi sindiket dadah. - AFP