KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Januari.