Cuba lolos selepas pecah rumah, lelaki maut rempuh pintu kaca

Iklan
Seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pecah rumah di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand. Foto: Khaosod

BANGKOK - Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah akibat merempuh pintu kaca ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pecah rumah di daerah Bang Pakong, Chachoengsao, Thailand.

Menurut laporan akhbar tempatan, Khaosod, kejadian pada 23 Disember lalu itu berlaku di sebuah rumah bandar tiga tingkat ketika penghuni rumah sedang tidur di tingkat dua sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari tingkat bawah.

Iklan
Iklan

Penghuni kemudian mendengar bunyi kaca pecah sebelum turun ke bawah dan mendapati pintu kaca rumah berkenaan berkecai.

Pemeriksaan polis mendapati rumah tersebut telah digeledah dengan pendawaian elektrik ditanggalkan, selain beberapa barangan berharga ditemui bertaburan di lantai.

Iklan

Polis turut menemukan serpihan kaca serta kesan darah yang berlarutan hampir 300 meter dari lokasi kejadian, dipercayai ditinggalkan suspek ketika melarikan diri.

Suspek lelaki itu kemudiannya ditemui di luar sebuah rumah jiran dalam keadaan cedera parah akibat luka daripada serpihan kaca.

Iklan

Pihak berkuasa memberikan rawatan awal sebelum membawanya ke hospital, namun lelaki tersebut disahkan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang teruk.