24 maut dalam serangan dron ketika sambutan Ambang Tahun Baharu

Iklan
Serangan berlaku di Kherson, Rusia ketika sambutan Ambang Tahun Baharu. Foto: Reuters

MOSCOW - Rusia menuduh Ukraine membunuh sekurang-kurangnya 24 orang awam termasuk satu kanak-kanak dalam serangan dron ke atas sebuah hotel dan kafe di wilayah selatan Kherson ketika sambutan Ambang Tahun Baharu.

Gabenor yang dilantik Rusia di Kherson, Vladimir Saldo berkata, pihaknya menggambarkan kejadian di perkampungan pesisir Khorly itu sebagai 'serangan sengaja' ke atas orang awam dengan mendakwa ramai mangsa terbakar hidup-hidup.

Iklan
Iklan

Kementerian Luar Rusia dan beberapa pemimpin kanan kemudiannya menyifatkan tragedi itu sebagai serangan pengganas serta jenayah perang.

Gambar diterbitkan pejabat Saldo menunjukkan bangunan terbakar, kesan darah dan sekurang-kurangnya satu mayat yang ditutup dengan kain.

Iklan

Difahamkan, 50 orang cedera termasuk enam kanak-kanak yang kini sedang dirawat di hospital.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev berikrar akan membalas serangan terhadap kumpulan yang bertanggungjawab selain komandernya bakal dijadikan sasaran.

Iklan

Pegawai Rusia yang lain termasuk jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova turut menyalahkan penyokong Ukraine di Barat atas serangan itu.

Kherson merupakan salah satu dari empat wilayah dituntut Rusia pada 2022, tindakan yang diselar oleh Kyiv dan kebanyakan negara Barat sebagai pengambilalihan tanah haram.

Sehingga kini, tentera Ukraine belum memberikan sebarang maklum balas berhubung tuduhan Rusia. - AGENSI