Jawatankuasa Kerja Pusat MIC bersidang dalam masa terdekat
Iklan
Saravanan. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
SHAH ALAM - Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC bakal bersidang masa terdekat bagi menentukan hala tuju masa depan parti agar strategi yang digariskan kekal relevan dengan keperluan semasa komuniti.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, pihaknya akan terus berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan integriti.
Iklan
Iklan
Menurut Ahli Parlimen Tapah itu, fokus parti adalah memberikan manfaat yang nyata serta melaksanakan tanggungjawab buat rakyat.
"MIC merupakan suara perpaduan masyarakat India dan kekal teguh dengan komitmennya terhadap kemajuan serta kesejahteraan komuniti ini.
Iklan
"Misi parti ini melangkaui pelantikan politik. Dengan atau tanpa jawatan dalam kerajaan, MIC akan terus berkhidmat kepada masyarakat India dengan ikhlas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Batu Caves pada Khamis.
Iklan
Mengambil kira cabaran semasa, Saravanan mengajak semua masyarakat India di negara ini supaya terus bersatu dan melangkah ke hadapan.
“Saya minta masyarakat India agar kekal bersatu dan komited terhadap kemajuan. Perpaduan adalah kunci kejayaan kita bersama,” ujarnya.
Terdahulu, Saravanan menegaskan bahawa MIC masih lagi komponen Barisan Nasional (BN) kerana pihaknya belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan parti lain.
MIC ketika Perhimpunan Agung Tahunan ke-79 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada November lalu menyerahkan tiga usul kepada CWC untuk membuat keputusan.
Antara lain kesediaan untuk menamatkan penyertaan dalam BN, menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan parti serta membincangkan kedudukan dan masa depan MIC dalam lanskap politik di negara ini.
MIC turut berbincang untuk memohon menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>