Wujud elemen sogokan dalam CSA - Tuan Ibrahim
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai enam Ahli Parlimen Bersatu dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada MUDA serta enam Ahli Parlimen Bebas menandatangani CSA. Gambar kecil: Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Pas mendakwa terdapat elemen sogokan dalam pelaksanaan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) apabila pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen dikaitkan dengan syarat sokongan politik.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukan kepada Ahli Parlimen sepatutnya disalurkan secara terus sebagai pengiktirafan terhadap hak wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi.