TEHERAN - Rakyat Iran melancarkan gelombang protes membantah kemerosotan taraf hidup dan ekonomi selama empat hari berturut-turut.
Ribuan penunjuk perasaan membanjir laluan utama sekitar Teheran dan bandar lain pada Rabu, beberapa hari selepas mata wang negara itu menjunam ke paras terendah, sekali gus mencetuskan lonjakan harga makanan dan kadar inflasi mencecah lebih 40 peratus yang diburukkan lagi oleh siri sekatan antarabangsa.