Dua remaja maut terkena mercun buatan sendiri

Iklan
Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul. - Agensi

BERLIN - Dua pemuda berusia 18 tahun maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dalam kemalangan melibatkan mercun buatan sendiri di Bandar Bielefeld, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak polis.

Kemalangan itu berlaku di lokasi berbeza di Bielefeld, dalam negeri Rhine Utara-Westphalia di barat Jerman pada malam ambang Tahun Baharu, menurut kenyataan polis pada awal pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul.

Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujudnya kecuaian pihak ketiga dalam kedua-dua kes berkenaan, menurut polis. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan