Pelan pembangunan SMJ 2.0 diteruskan lembaran baharu tahun 2026-Hajiji
Iklan
Hajiji
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif bagi memastikan kemakmuran berterusan serta membina masa depan Sabah yang lebih cerah dan berdaya saing.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaksanaan fasa baharu pelan pembangunan itu akan menjadi kesinambungan kepada kejayaan Hala Tuju SMJ 1.0 yang telah meletakkan asas pembangunan kukuh dan kemajuan konsisten sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, tahun 2026 membuka lembaran baharu untuk Sabah terus melangkah ke hadapan dengan keazaman yang tinggi serta semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.
"Mengimbas kembali tahun 2025, ia adalah tahun yang baik, dibina atas asas pembangunan yang kukuh dan kemajuan yang konsisten melalui pelaksanaan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0.
Iklan
"Kerajaan Negeri akan meneruskan landasan ini menerusi Hala Tuju SMJ 2.0, dengan memperkukuhkan komitmen kami terhadap perpaduan, kemakmuran dan pembangunan inklusif, agar kemajuan yang dicapai dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Sabah," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026, di sini pada Rabu.
Hajiji sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sabah atas mandat baharu yang diberikan untuk terus memimpin negeri ini.
Iklan
"Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan ini dan ia adalah satu amanah besar yang akan kami laksanakan dengan penuh akauntabiliti dan tanggungjawab.
"Dengan mandat yang baharu ini, kerajaan negeri kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus, memastikan kestabilan politik yang berterusan, dan memacu pembangunan komprehensif untuk kesejahteraan rakyat.
"Sepanjang lima tahun yang lalu, usaha berterusan untuk mewujudkan kestabilan dan persekitaran yang kondusif telah membuahkan hasil yang ketara dan memberi manfaat kepada negeri," katanya.
Beliau dalam pada itu berharap semua rakyat Sabah dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan.
"Bersama-sama rakan jemaah menteri Kabinet negeri, saya dengan penuh keikhlasan mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua," katanya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.