Seorang maut, dua cedera diserang di restoran

Iklan
Datuk Azizee Ismail.

NIBONG TEBAL - Seorang maut, manakala dua cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran di Jawi, di sini, pada Selasa

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.30 petang apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang.

Iklan
Iklan

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki yang parah akibat tetakan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia ,manakala dua lagi mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

Difahamkan punca pergaduhan adalah disebabkan masalah hutang.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kes masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca serangan dan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

Terdahulu, tular beberapa rakaman video keadaan mangsa yang cedera termasuk seorang daripada mereka dalam keadaan parah, dipercayai akibat serangan menggunakan parang. - Awani