PM Jepun pindah ke 'kediaman berhantu'

Iklan
Rumah agam yang dibuka pada 1929 itu pernah berdepan dua kali insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an. Gambar kecil: Sanae Takaichi

TOKYO - Perdana Menteri, Sanae Takaichi mungkin sukar melelapkan mata selepas ini setelah beliau berpindah ke kediaman rasmi berusia hampir seabad yang mana turut 'dihuni' hantu askar Jepun.

Pemimpin wanita pertama itu mula menetap di rumah agam tersebut sejak Isnin yang terletak bersebelahan dengan pejabatnya di tengah Tokyo, selepas lebih dua bulan mengambil alih jawatan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Takaichi tinggal di rumah penginapan untuk ahli Parlimen dan mencetuskan kritikan setelah beliau mengambil masa kira-kira 35 minit untuk tiba di pejabatnya ketika gempa kuat pada awal bulan lalu.

Takaichi, 64, yang berikrar untuk 'bekerja 24 jam' mendakwa, beliau terlalu sibuk sejak menyandang jawatan tersebut dan hanya tidur kurang dua jam sehari.

Iklan

Rumah agam yang dibuka pada 1929 itu pernah berdepan dua kali insiden cubaan rampasan kuasa pada 1930-an yang turut menyaksikan beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Perdana Menteri pada masa itu dibunuh kejam anggota tentera.

Kejadian pembunuhan itu telah menyebabkan 'hantu askar Jepun berkeliaran' di kediaman tersebut yang masih utuh.

Iklan

Pendahulunya, Shigeru Ishiba juga pernah menetap di rumah tersebut yang pernah diubah suai pada 2005 dan beliau dengan sinis menyatakan, 'saya tidak takut dengan hantu'.

Kediaman tersebut pernah tidak berpenghuni selama sembilan tahun sehingga tahun 2021 apabila bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe dan Yoshihide Suga tinggal di tempat lain. - AFP