IPOH - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Dalam satu kenyataan, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, keputusan dibuat susulan langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi parti.