Beyonce jadi pemuzik kelima bergelar bilionair

Iklan
Pada 2024, Beyonce memperbaharui identiti muziknya menerusi album country 'Cowboy Carter' yang memenangi Anugerah Grammy. - Foto Agensi

NEW YORK - Bintang pop Amerika Syarikat (AS), Beyonce kini memegang gelaran bilionair, menurut majalah Forbes pada Isnin.

Bekas anggota kumpulan Destiny's Child itu menjadi pemuzik kelima mencapai kejayaan sedemikian sleepas suaminya, Jay-Z, Taylor Swift, Bruce Springsteen dan Rihanna.

Iklan
Iklan

Forbes menganggarkan hasil pendapatannya pada 2025 mencecah AS$148 juta (RM600 juta) sebelum cukai, sekali gus menjadikan Beyonce, 44, penghibur ketiga dengan bayaran tertinggi di dunia.

Pada 2023, konsert Jelajah Dunia Renaissance Beyonce meraih hampir AS$600 juta (RM2.4 bilion).

Iklan

Pada tahun lalu, beliau memperbaharui identiti muziknya menerusi album country 'Cowboy Carter' yang memenangi Anugerah Grammy sebelum mengadakan jelajah konsert dengan kutipan tertinggi di dunia pada 2025.

Menurut Forbes, sebahagian besar kekayaan peribadi Beyonce adalah hasil daripada muziknya meskipun beliau telah mengembangkan empayar perniagaan dengan usaha niaga seperti jenama penjagaan rambut, label wiski dan barisan pakaian. - AFP

Iklan