'Keputusan Muhyiddin tidak lagi memilih jalan sukar adalah tepat'

Iklan
Keputusan Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN disifatkan sebagai langkah yang tepat. Gambar kecil: Marzuki (atas) dan Razali.

SHAH ALAM – Keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak lagi meneruskan 'jalan yang sukar' dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah yang tepat buat dirinya.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu telah membuat pilihan yang terbaik.

Iklan
Iklan

"Akhirnya Tan Sri Muhyiddin membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk dirinya.

"Beliau tidak lagi memilih jalan yang sukar," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Sehubungan itu, Marzuki turut mendoakan agar ALLAH SWT memberikan ganjaran atas segala jasa beliau serta mempermudahkan segala urusannya.

Iklan

Pandangan sama turut disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris yang menyifatkan tindakan Pengerusi PN terbabit adalah satu keputusan tepat.

"Ahmadullah. Akhirnya TSMY membuat keputusan yang tepat dengan tidak lagi memilih jalan yang sukar," ujarnya.

Razali turut mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT.