13 maut, 98 cedera kereta api terjunam dalam gaung

Iklan
Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad. - Foto Agensi

MEXICO CITY - Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.

Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan. - Foto Agensi

Iklan

“Anggota penyelarasan perlindungan awam dan pengurusan risiko negeri, polis trafik negeri serta pasukan ambulans kini berada di lokasi bagi memberikan bantuan dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut.

"Kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini,” kata gabenor itu. - Bernama- Xinhua

Iklan