LONDON - Aktivis menampal poster 'DIKEHENDAKI' yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di bas, jalan raya dan mercu tanda sibuk di London dalam satu protes yang menyorot peranannya dalam jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai berkait konflik di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kempen yang dianjurkan oleh aktivis pro-Palestin itu memaparkan imej Netanyahu bersama teks merujuk kepada waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang dikeluarkan pada November 2024, menuduhnya melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza sejak Oktober 2023.