Babi hutan rempuh kedai, cederakan 7 orang di Shizuoka, Jepun

Iklan
Seekor babi hutan mencederakan tujuh orang di wilayah Shizuoka, tengah Jepun pada Jumaat - Foto: AGITO OS's post

TOKYO - Seekor babi hutan mencederakan tujuh orang di wilayah Shizuoka, tengah Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua pada Sabtu yang memetik Kyodo News.

Sebuah kedai di daerah Shimizu, bandar Shizuoka menghubungi polis pada kira-kira 6.20 petang waktu tempatan pada Jumaat selepas seekor babi hutan merempuh tingkap kaca dan menerobos masuk ke premis itu sebelum menggigit seorang individu, menurut laporan itu yang memetik polis tempatan dan pegawai jabatan bomba.

Iklan
Iklan

Tujuh orang cedera di dalam kedai itu dan di jalan raya berhampiran. Tiada kecederaan yang mengancam nyawa.

Babi hutan itu ditangkap dan dibunuh pada pagi Sabtu. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan