KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang ketiga di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa menurun kepada 138 orang daripada 35 keluarga setakat 9 pagi Ahad berbanding 419 orang daripada 107 keluarga pada petang Sabtu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 78 orang daripada 20 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.