Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung

Iklan
Mangsa ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah pada Sabtu. Foto bomba Perak

IPOH - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 40 tahun itu pada jam 1.38 tengah hari menerusi aduan awam.

Iklan
Iklan

“Sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira sembilan kilometer.

“Kami mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak memberikan sebarang respons. Petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama