Ringgit ditutup lebih rendah sedikit berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit ditutup lebih rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini, tetapi dijangka mengekalkan momentumnya apabila ia cuba melepasi paras 4.03 pada sesi pagi. Gambar hiasan
RINGGIT ditutup lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, tetapi dijangka mengekalkan momentumnya apabila ia cuba melepasi paras 4.03 pada sesi pagi.
Pada jam 6 petang, mata wang asing menyusut kepada 4.0470/0535 berbanding dolar AS daripada 4.0425/0515 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit berbanding dolar AS meningkat sehingga paras 4.0318 pada sesi pagi tetapi kemudiannya merosot kepada 4.0470 menjelang penutupan.
“Ringgit dijangka terus kekal kukuh kerana ia dilihat cuba menembusi paras RM4.03,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7629/7706 daripada 4.7697/7804 ketika ditutup pada Rabu, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4570/4657 daripada 5.4647/4768, dan menambah berbanding yen Jepun kepada 2.5866/5909 daripada 2.5940/5999.
Iklan
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0212/0484 daripada 13.0277/0639 sebelumnya, menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.1497/1550 daripada 3.1506/1578, tetapi menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 241.6/242.2 daripada 241.0/241.8, dan berkurang berbanding peso Filipina kepada 6.89/6.90 daripada 6.88/6.90. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>