SHOPEE Malaysia mengiktiraf lebih 140 pencipta kandungan dan affiliate menerusi Shopee Superstar Awards 2026 yang berlangsung pada 24 Oktober lalu.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Cheryl Ang berkata, pengiktirafan itu merangkumi 29 kategori yang menilai pencapaian penerima dalam menghasilkan kandungan digital dan menjana jualan.
Menurutnya, kandungan digital memainkan peranan penting dalam membantu pengguna menemui produk, dengan lapan daripada 10 pengguna Shopee menonton Shopee Live, manakala jualan menerusi Shopee Video meningkat lebih 130 peratus berbanding tahun lalu.
Beliau berkata, pencipta kandungan dan affiliate membantu pengguna membuat keputusan pembelian menerusi perkongsian produk yang menarik serta bersesuaian dengan keperluan pengikut.
“Pengguna kini mendapatkan inspirasi daripada pencipta kandungan apabila membuat keputusan tentang produk yang ingin dibeli. Pencipta kandungan dan affiliate mahir berkongsi produk dengan cara yang menarik selain dekat dengan keperluan pengikut mereka.
“Mereka meneliti cara terbaik untuk menunjukkan fungsi produk, menjawab soalan dan membina kepercayaan melalui cadangan yang diberikan. Anugerah ini mengiktiraf kemahiran dan dedikasi mereka, serta peluang yang diwujudkan untuk membantu penjual menjangkau pelanggan baharu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Antara pemenang anugerah ialah Celeste Phuah yang menerima pengiktirafan Kelab Affiliate Shopee RM3 Juta selepas kandungannya menjana jualan produk melebihi RM4 juta setahun.
Celeste berkata, penyertaannya dalam program Shopee Affiliate tiga tahun lalu bermula dengan hasrat menambah pendapatan keluarga sebelum berkembang menjadi kerjaya sepenuh masa.
“Sebagai suri rumah, saya bermula dari kosong dan perlu mempelajari semuanya sendiri, daripada menyediakan ruang untuk penstriman langsung hinggalah memahami khalayak dan menghasilkan kandungan menarik melalui Shopee Live.
“Sambil membesarkan anak-anak lelaki saya, saya perlahan-lahan membina hubungan yang erat dengan penonton melalui cadangan produk yang jujur dan bersesuaian dengan keperluan mereka,” katanya.
Selain Celeste, Mohd Sofie Azmin yang menerima anugerah Pencipta Kandungan Shopee Terbaik turut berkongsi pengalamannya dalam membantu pembeli membuat pilihan berkaitan barangan keperluan rumah dan produk elektrik.
Mohd Sofie berkata, sejak menyertai Meta Affiliate Hub pada Julai 2026, jualan produknya meningkat sebanyak 300 kali ganda.
“Sebagai bapa kepada tiga orang anak, saya tahu pemilihan produk yang tepat boleh membantu memudahkan urusan rumah tangga.
"Saya cuba menerapkan perspektif itu dalam kandungan saya dengan berkongsi bukan sahaja fungsi sesuatu produk, tetapi juga perkara yang perlu diketahui pembeli sebelum menentukan sama ada produk itu sesuai untuk mereka.
“Dengan Meta Affiliate Hub, saya boleh memautkan produk yang saya paparkan terus ke Shopee, sekali gus memudahkan pengikut saya mencarinya,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Cheryl berkata, Meta Affiliate Hub merupakan sebahagian daripada kerjasama Shopee dengan Meta yang membolehkan affiliate memautkan produk di Shopee melalui kandungan media sosial.
Menurutnya, sejak Januari 2026, affiliate yang menggunakan hab berkenaan mampu meningkatkan pendapatan mereka lebih 50 kali ganda.
Bagi membantu pencipta kandungan baharu menceburi penstriman langsung, Shopee turut memperkenalkan program Shopee Live Rising Star yang memberi peluang kepada mereka tampil dalam sesi penstriman langsung Shopee Mamak setiap minggu, selain bekerjasama dengan jenama.
Sementara itu, usaha memperkasa komuniti diteruskan menerusi Shopee 11.11 Jualan Hebat yang menawarkan penghantaran melalui program Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini, manfaat eksklusif untuk pelanggan Shopee VIP dan baucar bernilai RM11 juta yang boleh dimenangi menerusi Shopee Live Tonton dan Menang.