KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru dekat sini selepas disyaki menggajikan pekerja warga asing menerusi OPS Selera pada Rabu.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dalam serbuan hasil risikan selama seminggu oleh 11 pegawai itu, empat lelaki warga asing berusia 30 hingga 40 tahun ditahan.