Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi

Iklan
Lebih 1,000 kakitangan sebuah syarikat pembersihan yang menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel di Bukit Katil di sini bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas berlaku kebakaran di dewan hotel berkenaan

MELAKA – Lebih 1,000 kakitangan sebuah syarikat pembersihan yang menghadiri majlis makan malam di sebuah hotel di Bukit Katil di sini bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas berlaku kebakaran di dewan hotel berkenaan pada malam Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, dewan berkenaan dilaporkan terbakar ketika majlis sedang berlangsung, namun kesemua tetamu dan kakitangan sempat mengosongkan dewan dan berada dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Operasi pemadaman oleh anggota bomba bertugas di lokasi kejadian.

Difahamkan, seorang individu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas akibat terdedah kepada bahang panas.

Iklan

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.14 malam.

“Kebakaran melibatkan bahagian dewan hotel berkenaan. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil telah dikerahkan ke lokasi dan tiba tidak lama selepas panggilan diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Setakat ini, operasi pemadaman kebakaran masih dijalankan.

Keadaan di lokasi kejadian.