Sembilan rumah setinggan musnah terbakar

Iklan
Rumah setinggan yang terbakar di Labu, Seremban pada Rabu. Foto: Bomba)

SEREMBAN – Sembilan rumah setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kirby, Batu 9, Jalan Labu di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 9.15 pagi itu, lapan rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Ramli mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan sembilan buah rumah setinggan kelas B dengan anggaran keluasan keseluruhan 108 meter persegi.

Iklan

“Daripada jumlah itu, lapan rumah musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar kira-kira 30 peratus. Kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya pada Rabu.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan pihak bomba masih memantau keadaan sebelum menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian.

Iklan