4 beranak parah, bangunan kediaman meletup

Iklan
Tiga kanak-kanak bersama ibu mereka cedera parah dalam satu letupan di sebuah bangunan kediaman di Magny-les-Hameaux, Paris. - Foto Agensi

PARIS - Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa cedera parah dalam satu letupan di sebuah bangunan kediaman berhampiran Paris, menurut pihak berkuasa pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kanak-kanak berusia dua, empat dan lima tahun itu cedera bersama ibu mereka yang berusia 39 tahun, menurut jurucakap wilayah tempatan yang memetik media Perancis.

Iklan
Iklan

Gambar dan rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan rumah itu hampir musnah sepenuhnya manakala punca letupan di Magny-les-Hameaux, barat daya Paris masih belum dapat dipastikan.

Letupan itu dilaporkan begitu kuat sehingga serpihan tercampak sejauh sehingga 100 meter dan beberapa rumah dan kenderaan berhampiran turut mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Penyiar France Info melaporkan, mangsa yang cedera tinggal di bangunan itu manakala akhbar Le Parisien menyatakan, terdapat sebuah lagi pangsapuri di bangunan yang kini musnah itu yang tidak didiami.- Bernama-dpa