Roket Hanbit-Nano terhempas selepas pelancaran di Brazil

Iklan
Roket Hanbit-Nano yang dilancarkan dari tapak pelancaran di Brazil dilaporkan terhempas tidak lama kemudian akibat masalah sistem. - Foto Agensi

SEOUL - Roket Hanbit-Nano, roket orbit komersial pertama Korea Selatan yang dilaporkan berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran di Brazil pada Selasa (waktu Korea) namun terhempas akibat masalah pada sistem roket, menurut pengendalinya Innospace Co., lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut syarikat berkenaan, roket itu dilancarkan dari Alcantara Space Centre pada 10.13 malam Isnin (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Innospace memaklumkan roket itu terhempas ke tanah kira-kira 30 saat selepas pelancaran.

Roket berkenaan terhempas di dalam zon keselamatan darat dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan tambahan dilaporkan.

Iklan

Rakaman siaran langsung pelancaran di YouTube menunjukkan api muncul sejurus selepas pelancaran, sebelum siaran itu dihentikan tidak lama kemudian.

Roket itu membawa muatan yang merangkumi lima satelit yang dijadual ditempatkan ke orbit rendah pada ketinggian kira-kira 300 kilometer. 

Iklan

Kenderaan dua peringkat itu menggunakan enjin hibrid dengan daya tujahan 25 tan bagi peringkat pertama, manakala peringkat kedua dikuasakan oleh enjin metana dan oksigen.

Pelancaran telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak tarikh asal yang ditetapkan pada 22 November lalu. - Bernama - Yonhap