KPDN siasat aduan pasar raya enggan jual minyak peket tanpa eCOSS

Iklan
Hazimin (tiga dari kiri) meninjau harga bekalan sempena SHMMP Krismas di Jaya Grocer di Klebang pada Selasa.

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka siasat dakwaan sesetengah pasar raya yang tidak lagi membenarkan pengisian borang manual bagi pembelian minyak masak peket selepas pelaksanaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Pengarahnya, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, setakat ini kerajaan tidak mewajibkan penggunaan sepenuhnya sistem eCOSS dan masih memberi kelonggaran kepada golongan tertentu termasuk warga emas mengisi borang secara manual.

Iklan
Iklan

“Jika pembeli tidak mempunyai telefon pintar atau tidak dapat membuat imbasan, mereka masih dibenarkan membuat catatan secara manual. Yang penting, pengguna tetap boleh mendapatkan minyak masak tanpa sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 KPDN Melaka di Jaya Grocer Klebang di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika dikminta mengulas dakwaan terdapat segelintir peniaga dan pasar raya yang tidak membenarkan pembelian minyak masak peket kepada pengguna warganegara yang tidak mendaftar sistem eCOSS.

Mohd Hazimin berkata, tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 manakala syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Iklan

Beliau menegaskan, pelaksanaan eCOSS bertujuan memastikan keharmonian ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara.

“Sekiranya terdapat premis yang menyusahkan pengguna, khususnya melibatkan barangan kawalan, orang ramai diminta membuat aduan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan pelaksanaan sistem tersebut menunjukkan perkembangan positif berkaitan bekalan di pasaran dan berjaya mengatasi isu ketirisan.

Ujarnya, walaupun terdapat rungutan awal daripada pengguna yang perlu membuat imbasan ketika membeli minyak masak, proses tersebut kini semakin diterima.

“eCOSS ini sangat baik kerana kita boleh menjejak minyak masak bermula dari peringkat kilang, ke premis jualan sehingga digunakan oleh pengguna. Setakat ini, kita tidak nampak berlaku ketirisan.

“Sebelum ini saya sendiri pernah turun membuat pemeriksaan pada waktu malam dan mendapati minyak masak kadangkala tiada di rak. Namun selepas pelaksanaan eCOSS, bekalan kini tersedia,” katanya.