'Muka Khairul Aming, suara Anuar Zain'

Iklan
Tangkap layar hantaran video dimuat naik @zainulrashidi di TikTok pada Jumaat.

SHAH ALAM - “Suara (macam) Anuar Zain, muka Khairul Aming”.

Demikian antara komen pengguna media sosial mengenai seorang guru yang memiliki suara seperti penyanyi terkenal, Anuar Zain.

Iklan
Iklan

Menyampaikan lagu berjudul Sedetik Lebih, guru lelaki itu mempersembahkan nyanyian dengan suara yang merdu dan penuh penghayatan menerusi video dikongsikan pengguna TikTok, @Zainul Rashidi.

Lelaki itu turut berkongsi di ruangan komen bahawa guru tersebut bertugas di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor, juga berasal dari negeri berkenaan.

Iklan

Hantaran video dimuat naik memaparkan guru tersebut sedang menyanyi mengundang rasa kagum dalam kalangan pengguna TikTok dan rata-rata memuji kemerduan suaranya.

“Jimat duit sekolah tak payah jemput artis datang kalau ada apa-apa acara sebab dekat sekolah dah ada cikgu yang berbakat menyanyi,” kata @Rosnah Ahmad.

Iklan

“Di setiap sekolah mesti ada seorang penyanyi, terbaik cikgu. Suara hebat,” ujar @Cranberry3255.

“Pergh! Anuar Zain pun keliru. Cikgu telah berjaya meng’Anuar Zain’ kan lagu Anuar Zain,” komen @ManSlayer pula.

Difahamkan, nyanyian itu disampaikan sempena persaraan guru sekolah berkenaan.