SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu membuktikan ruang tanah terhad bukan halangan untuk bercucuk tanam apabila berjaya memanfaatkan tanah di sekeliling rumah bagi aktiviti pertanian berskala kecil, sekali gus menjadi contoh praktikal kepada masyarakat.
Selepas kejayaan menternak ikan tilapia dan menanam bawang Rose Ehsan, Ahli Parlimen Kota Raja terbabit berkongsi gambar kawasan kediamannya yang dikelilingi dengan pelbagai tanaman termasuk pandan dan ulam raja.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tanah di sekeliling rumah, walau sekecil mana pun, jika dimanfaatkan, mampu menyumbang kepada rezeki keluarga dan sekuriti makanan negara.
"Hari ini tanam ulam, esok mungkin sayur, lusa mungkin sumber rezeki lain. Tak perlu ladang luas, tak perlu modal besar. Cukup ada niat, sedikit usaha, dan kesabaran.
"Hari ini tanam, esok lusa menu di meja makan kita," kata Mohamad yang lebih mesra dipanggil Bang Mat atau Mat Sabu dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Pada Jun 2024, beliau berkongsi kegembiraan apabila berjaya menternak ikan tilapia dalam kolam yang terletak di halaman rumahnya, diikuti semaian 1,000 benih bawang Rose Ehsan pula pada Mac 2025 di kawasan ada di kediaman rasmi menteri.
Artikel Berkaitan