Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barang kemas lebih RM19,000

Iklan
Polis menahan sepasang kekasih disyaki mencuri barang kemas bernilai RM19,300 di Endau - Gambar kecil (Abdul Razak)

MERSING - Polis menahan sepasang kekasih di sekitar Johor Bahru selepas disyaki mencuri barang kemas dianggar bernilai RM19,300 di sebuah kedai emas di Endau di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kedua-dua individu itu yang berusia 28 dan 24 tahun ditahan antara jam 10 hingga 11.40 malam Jumaat.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan ke atas suspek yang dipercayai pasangan kekasih itu, kita telah merampas sebuah kereta dan dua set barangan kemas terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah negatif," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan

Abdul Razak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pasangan terbabit direman selama empat hari bermula semalam.

 

Iklan