[VIDEO] Kosongkan almari demi mangsa banjir

Iklan

 

KUANTAN – Sehelai baju, sepasang seluar, mungkin kecil nilainya, tetapi ia cukup bermakna buat mangsa banjir yang kehilangan segalanya.

Iklan
Iklan

Memahami segelintir mangsa yang tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya sehelai sepinggang mendorong guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin mengosongkan almari sendiri demi meringankan beban mereka.

Guru Pendidikan Islam sekolah itu, Faizah Hanum Hamidun, 47, berkata, inisiatif tersebut tercetus selepas sekolah dipilih sebagai PPS dan timbul keperluan untuk menyediakan gerobok pakaian percuma bagi mereka yang berlindung di penempatan itu.

Iklan

Mangsa yang berlindung di PPS SMK Bukit Rangin mengambil kesempatan memilih pakaian yang disediakan secara percuma di penempatan itu. Foto Sinar Harian.

“Kami guru-guru sama-sama mengambil inisiatif mengumpul pakaian daripada anak-anak, suami dan pakaian sendiri untuk dibawa ke sekolah dengan niat membantu mangsa banjir.

Iklan

"Sebab kami sendiri pernah melalui apa yang dilalui oleh mangsa, sifat empati kami tinggi dan kami cuba letakkan diri di tempat mereka,” katanya ketika ditemui di PPS SMK Bukit Rangin di sini.

Beliau menambah, ada mangsa yang rumah ditenggelami air sehingga tiada apa yang dapat diselamatkan, mereka hanya datang membawa diri.

“Ada yang datang sehelai sepinggang dan pasti bantuan kecil dari kami ini sangat bermakna.

Faizah Hanum. Foto Sinar Harian.

"Malah, mereka menghargai kerana semua sumbangan pakaian diberikan secara percuma,” jelas yang sudah menabur bakti selama 22 tahun dalam dunia pendidikan.

Faizah Hanum memberitahu, gerobok pakaian percuma itu dikumpulkan dan memenuhi ruang PPS, termasuk sebahagian daripada pakaian yang disimpan semasa program kebajikan bulan Ramadan sebelum ini.

"Sekolah memang pernah menganjurkan program kebajikan sebelum ini, tapi bagi mangsa banjir, ini adalah kali pertama.

"Pada hari pertama PPS dibuka, seramai 300 mangsa menerima bantuan sebelum PPS lain dibuka bagi menampung keperluan tambahan,” ujar beliau.

Faizah Hanum bersama rakan guru SMK Bukit Rangin menggerakan inisiatif kosongkan almari dengan niat memberi pakaian percuma kepada mangsa diPPS. Foto Sinar Harian.

Beliau menambah usaha kecil ini mendapat sokongan penuh daripada pengetua dan semua guru, serta berharap ia menjadi amal soleh di sisi ALLAH.

“Mudah-mudahan ALLAH memandangnya sebagai satu amalan soleh.

"Melihat mereka tersenyum selepas menerima pakaian sudah cukup menggembirakan hati kami,” katanya.