Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga jam 7 malam - MetMalaysia

Iklan
Cuaca sama juga diramal melanda Sabah. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri selain Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam pada Sabtu.

Berdasarkan amaran yang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.45 petang ini, cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) serta Port Dickson di Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan Johor meliputi daerah Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Iklan

Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda Sabah melibatkan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. - Bernama

 

Iklan