Tarikh akhir laporan mental pelajar tikam rakan sekolah 16 Januari

Iklan
Mahkamah Majistret Petaling Jaya menetapkan 16 Januari tahun depan untuk keputusan laporan pemeriksaan mental pelajar Tingkatan Satu yang didakwa membunuh pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Oktober lalu.

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, menetapkan 16 Januari tahun hadapan untuk keputusan laporan lengkap berhubung pemeriksaan mental pelajar Tingkatan Satu (kelas peralihan) yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Oktober lalu.

Peguam, Kitson Foong yang mewakili tertuduh berusia 14 tahun berkata, Majistret, Amira Sariaty Zainal menetapkan tarikh berkenaan selepas membenarkan permohonannya untuk melanjutkan tempoh penilaian psikiatri ke bulan hadapan.

Iklan
Iklan

"Ini kerana Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak memerlukan masa sehingga tiga bulan bagi menilai tahap mental anak guam.

"Pakar di hospital juga perlu menemu bual ahli keluarga, menyediakan dokumentasi sejarah tingkah lakunya di rumah dan sekolah, maka semua itu akan diperoleh dengan bantuan pegawai penyiasat," katanya.

Iklan

Dalam prosiding hari ini, tertuduh tidak hadir ke mahkamah kerana masih menjalani rawatan dan penilaian psikiatri.

Dalam prosiding hari ini, Kitson berkata, tertuduh tidak hadir ke mahkamah kerana masih menjalani rawatan dan penilaian psikiatri.

Iklan

Sejak ditempatkan di hospital bermula 22 Oktober lalu, beliau berkata, pelajar lelaki itu berada dalam keadaan baik dan menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan.

“Setahu saya, semasa di hospital, dia memberi maklum balas yang bagus," katanya menambah pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga (kelas peralihan) di bilik tandas nombor dua sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi, 14 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup atau tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah itu, selepas disyaki ditikam berulang kali.