Lelaki Bangladesh miliki senjata api tiruan diberkas

Iklan
Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki memiliki senjata api tiruan dan kelopak peluru pada Isnin. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki memiliki senjata api tiruan dan kelopak peluru dalam satu serbuan di kediaman di sebuah residensi di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan itu dibuat oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

“Hasil pemeriksaan, kami menemui sepucuk senjata api tiruan jenis HK VP9 SK 9mm bersama satu kelopak peluru,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Iklan

“Suspek berusia 30 tahun itu telah direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Iklan