Limbungan kapal PNK jamin kelangsungan bekalan ikan
Iklan
Mohamad meninjau Limbungan Kapal PNK Kuala Kedah pada Khamis.
ALOR SETAR – Limbungan Kapal Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah berperanan penting dalam menjana ekonomi setempat sekali gus memastikan bekalan ikan terjamin.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, limbungan yang dibangunkan sebagai projek sosioekonomi itu menjadi pemangkin kepada kelangsungan operasi nelayan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kewujudan kemudahan berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor perikanan di peringkat akar umbi, selari dengan agenda kemampanan dan keselamatan makanan negara.
“Walaupun Malaysia mempunyai limbungan kapal berskala besar, kemudahan seperti Limbungan PNK Kuala Kedah menjadi tulang belakang operasi ribuan bot nelayan kecil yang menyumbang kepada bekalan ikan harian negara.
Iklan
“Setiap pembaikan dan penyelenggaraan bot di sini memberi kesan langsung kepada keterjaminan makanan. Bot yang cepat dibaiki bermakna nelayan boleh kembali ke laut lebih awal dan bekalan ikan ke pasaran tidak terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan limbungan berkenaan di sini pada Khamis.
Iklan
Mohamad berkata, limbungan yang dibina dengan kos RM10.7 juta itu kini berperanan sebagai Pusat Servis Maritim Komuniti Wilayah Utara apabila menawarkan perkhidmatan naik dan turun bot, penyelenggaraan serta pembaikan bukan sahaja kepada nelayan Kedah, malah dari Perlis dan Pulau Pinang.
Menurutnya, sehingga Oktober, pendaratan ikan mencatatkan sebanyak 115,000 tan metrik dengan nilai RM473 juta.
“Rekod kuantiti pendaratan ikan di Kuala Kedah pula adalah sebanyak 1,038 tan metrik dengan nilai RM6.231 juta. Kementerian yakin PNK di sini dapat meningkatkan lagi sumbangan kepada industri perikanan negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian akan sentiasa menyokong program latihan teknikal dan bekerjasama dengan limbungan PNK selain menggalakkan golongan muda nelayan merebut peluang menyertai kursus berkaitan.
Katanya, sokongan kerajaan itu membuktikan bahawa pekerjaan dalam bidang pembaikan bot merupakan kerjaya profesional yang mempunyai masa depan cerah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>