Malaysia kutuk serangan pelampau ke atas gereja di Jordan

Iklan
Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Kerajaan Hasyimiah Jordan serta keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan. Foto Reuters

PUTRAJAYA - Malaysia bersama Kerajaan Hasyimiah Jordan dalam menolak keganasan dan ekstremisme dalam apa jua bentuk, tanpa mengira motif atau alasan, susulan serangan ke atas Gereja Greek Orthodox St. George di Kampung Hamoud, Wilayah Karak, Jordan.

Malaysia menegaskan perbuatan sedemikian bertentangan dengan nilai Islam yang menjunjung keamanan, belas kasihan, toleransi dan penghormatan terhadap sesama manusia.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan Wisma Putra pada Ahad, Malaysia turut menyatakan solidariti bersama Kerajaan Hasyimiah Jordan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap rumah ibadat berkenaan.

"Tindakan sedemikian mencabuli kesucian tempat ibadat dan merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali," menurut kenyataan itu.

Iklan

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Kerajaan Hasyimiah Jordan serta keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan.

Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dua hala yang erat dan telah lama terjalin dengan Kerajaan Hasyimiah Jordan, termasuk melalui komitmen bersama untuk memelihara keharmonian antara agama serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan sejagat.

Iklan