MOSCOW - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut ditikam dalam kejadian menggemparkan di sebuah sekolah.
Menurut penyiasat, pelaku merupakan pelajar berumur 15 tahun bersenjatakan pisau dan penyembur lada serta turut mencederakan seorang pengawal keselamatan di perkampungan Gorki-2, Moscow pada Selasa.
Iklan
Iklan
Pihak berkuasa termasuk unit pemusnah bom dikerahkan ke Uspenskaya Comprehensive School selepas kumpulan pelajar lain melarikan diri untuk mencari perlindungan di kompleks sukan berhampiran atau bersembunyi di kelas masing-masing.
Pemeriksaan dilakukan unit pemusnah bom telah menemukan alat letupan yang diubah suai milik suspek.
"Siasatan lanjut telah dilancarkan untuk mengetahui motif sebenar suspek. Dia dipercayai menganggotai sebuah gerakan belia yang merosakkan.
"Mangsa ditikam beberapa kali dan meninggal dunia kerana kecederaan parah dialaminya," menurut laporan media tempatan.
Insiden itu berlaku sehari selepas seorang pelajar di daerah Krasnogvardeisky Saint Petersburg menikam seorang guru kerana gagal ujian. - Agensi