PUTRAJAYA – Datuk Mustapha Sakmud tiba di Kompleks Setia Perdana bagi memulakan tugas rasminya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
Kenderaan yang membawa beliau tiba di pekarangan kompleks tersebut sejurus selesai menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Iklan
Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu pada jam 4 petang sebelum menyertai sesi taklimat bersama pegawai-pegawai kanan kementeriannya.
Ketika didekati pemberita, Mustapha memohon ruang untuk mendapatkan taklimat terlebih dahulu bagi memperoleh gambaran yang lebih tepat sebelum menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.
Beliau sebelum ini merupakan antara timbalan menteri yang dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh dalam rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan.