Penghantar gesa kaji semula sistem tambang e-hailing berasaskan bidaan

Iklan
Persatuan Penghantar Malaysia gesa Kementerian Pengangkutan kaji semula sistem tambang e-hailing berasaskan tawar-menawar yang didakwa ganggu kestabilan pasaran dan jejaskan hak pemandu. - Foto hiasan

SHAH ALAM – Kementerian Pengangkutan digesa mengkaji dan menilai semula pelaksanaan sistem tambang e-hailing berasaskan tawar-menawar.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) berkata, sistem tersebut menjadi punca ketidakstabilan pasaran dan merosakkan ekosistem industri berkenaan di negara ini.

Iklan
Iklan

“Selain itu, kami memohon agar operasi penguatkuasaan dalam sektor e-hailing diperkasakan bagi melindungi hak pemandu.

“Penghantar akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan dalam usaha memartabatkan ekonomi gig di Malaysia demi kesejahteraan semua pihak,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Persatuan itu turut berharap agar suara pemain industri gig diambil kira dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025, khususnya melalui penglibatan persatuan yang mewakili pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing di seluruh negara.

Menurutnya, penyertaan mereka penting bagi memastikan dasar yang dibentuk lebih adil dan inklusif.

Iklan

“Sebelum ini, pihak kami tidak pernah dijemput dalam sesi libat urus pembangunan dasar tersebut.

“Kami bersedia pada bila-bila masa untuk duduk berbincang dan berkongsi pandangan demi kebaikan bersama.

“Kami percaya, dengan komunikasi yang erat antara pihak kementerian dan persatuan, masa depan ekonomi gig akan menjadi lebih cerah dan harmoni buat semua,” ujarnya.