Anggota bomba dihempap serpihan plaster simen ketika padam kebakaran kilang IKS

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran kilang IKS Taman Johor Jaya, Johro Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU – Seorang anggota bomba cedera ringan selepas dihempap serpihan plaster simen ketika operasi memadam kebakaran di premis kilang kilang industri kecil dan sederhana (IKS) Taman Johor Jaya, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.21 pagi itu, anggota bomba berusia 23 tahun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menjalankan kerja-kerja pemadaman di bahagian luar premis yang terbakar.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II (PBTII), Mohd Salleh KVP Mohamed berkata, anggota berkenaan diberikan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Kilang IKS setinggi satu setengah tingkat jenis kekal yang terbakar.

Iklan

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bangunan kilang IKS setinggi satu setengah tingkat jenis kekal yang dijadikan sebagai pemborong dan pembekal, melibatkan empat pintu premis.

“Anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus dengan tiga premis dikenal pasti terlibat. Kesan kebakaran turut menyebabkan jelaga dan kerosakan pada bangunan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Mohd Salleh berkata, seramai 30 anggota bomba daripada beberapa balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Larkin, Tebrau, PBS Mount Austin dan PBS Ulu Tiram dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.10 pagi manakala kerja-kerja pemadaman dan pemeriksaan keselamatan masih diteruskan setakat ini.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.