Mersing dilanda banjir, satu PPS dibuka
Iklan
Keadaan cuaca semasa masih hujan dan pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh JBPM bersama agensi berkaitan.
MERSING – Operasi pemindahan mangsa banjir dilaksanakan di sekitar daerah Mersing susulan hujan berterusan yang melanda beberapa kawasan sejak awal pagi Rabu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar bagi menempatkan penduduk terjejas melibatkan kawasan Parlimen Mersing, Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau serta Mukim Endau.
Iklan
Iklan
Menurut JBPM Johor dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, operasi pemindahan mangsa bermula pada jam 12.01 tengah malam, manakala PPS berkenaan dibuka secara rasmi pada jam 5 pagi hari sama.
Menurutnya, antara kawasan terjejas akibat banjir ialah Kampung Baru Air Tawar dan Kampung Hubong, dengan seramai 10 keluarga membabitkan 30 penduduk dipindahkan ke PPS berkenaan sebagai langkah keselamatan.
Iklan
Keadaan cuaca semasa masih hujan dan pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh JBPM bersama agensi berkaitan.
“Pecahan mangsa di PPS terdiri daripada dua bayi perempuan, dua bayi lelaki, lima kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan, enam dewasa lelaki, tujuh dewasa perempuan, dua warga emas lelaki dan seorang warga emas perempuan,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Menurut kenyataan sama, keadaan cuaca semasa masih hujan dan pemantauan berterusan sedang dijalankan oleh JBPM bersama agensi berkaitan.
JBPM Johor memaklumkan, setakat laporan dikeluarkan, tiada jalan utama dilaporkan terputus atau dinaiki air, namun penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk terjejas terus terpelihara,” jelasnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.