PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi urusan Sabah dan Sarawak.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam pengumuman khas mengenai barisan Kabinet baru.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Lo Sui Fui diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Selain itu, senator mewakili PKR, Saraswathy Kandasami digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
Iklan
Saraswathy digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
Jawatannya digantikan dengan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran juga daripada PKR.
Iklan