Lelaki tembak mati isteri, dakwa simpan dendam selama 16 tahun

Iklan
Seorang lelaki menembak mati isterinya selepas menyimpan dendam selama 16 tahun. Foto media sosial/media Thailand

BAN PHAENG - Seorang lelaki bertindak kejam menembak mati isterinya menggunakan pistol berkaliber.38 selepas mendakwa menyimpan dendam selama 16 tahun terhadap mangsa dalam kejadian di wilayah Nakhon Phanom, Thailand.

Memetik laporan outlet Thai, Daily News, suspek berusia 51 tahun melepaskan satu das tembakan ke arah isterinya yang berusia 54 tahun di kediaman mereka pada petang 1 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ban Phaeng.

Suspek mendakwa pertikaian rumah tangga berpanjangan berpunca daripada isu kewangan, termasuk penjualan ladang getah milik mangsa.

Iklan

Pada hari kejadian, suspek dikatakan meminta wang daripada isterinya namun ditolak sebelum bertindak melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, anak perempuan mangsa menafikan dakwaan bapanya itu dan mendedahkan suspek merupakan penagih dadah tegar serta sering mengancam ibunya.

Iklan

Menurutnya, mangsa terpaksa berpindah dan tinggal bersamanya kerana bimbang akan keselamatan diri.

Polis turut mengesahkan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah serta pemilikan senjata api haram.

Suspek kini didakwa atas lima pertuduhan serius termasuk membunuh dengan niat, memiliki dan membawa senjata api tanpa lesen, melepaskan tembakan di kawasan awam serta pengambilan dadah berbahaya, sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.