ASEAN kecam serangan udara ke atas hospital Mynmar, gesa hentikan keganasan

Iklan
Serangan udara ke atas Hospital Mrauk-U, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 31 orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 76 yang lain.

KUALA LUMPUR - ASEAN menggesa semua pihak di Myanmar mengambil tindakan konkrit serta-merta untuk menghentikan keganasan sembarangan dan menamatkan serangan terhadap orang awam serta infrastruktur awam, berikutan serangan udara ke atas sebuah hospital di barat Negeri Rakhine pada Rabu.

Menurut Kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan pada Sabtu, ASEAN meluahkan kebimbangan mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara ke atas Hospital Mrauk-U, yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 31 orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 76 yang lain.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyatakan bahawa serangan menyasarkan orang awam dan kemudahan perubatan, melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva 1949 dan tidak boleh diterima serta tidak selaras dengan prinsip yang termaktub dalam Piagam ASEAN.

"Kami mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang berdukacita dan komuniti terjejas, semoga mereka yang cedera agar cepat sembuh.

Iklan

"Kami menggesa semua pihak di Myanmar mengambil tindakan konkrit untuk segera menghentikan keganasan sembarangan, hentikan serangan sasaran terhadap orang awam dan infrastruktur awam, mengamalkan tahap berhemah tertinggi dan memastikan perlindungan serta keselamatan semua orang awam dan infrastruktur awam," menurut kenyataan itu.

ASEAN mengulangi seruannya untuk pelaksanaan penuh gencatan senjata diperluas dan dilanjutkan di seluruh Myanmar, seperti ditegaskan oleh Kenyataan Pemimpin ASEAN mengenai Gencatan Senjata Diperluas dan Dilanjutkan di Myanmar yang dikeluarkan pada 26 Mei tahun ini.

Iklan

Menurut Kenyataan Pengerusi ASEAN, ia mengulangi bahawa Konsensus Lima Perkara kekal rujukan utama untuk menangani krisis politik di Myanmar.

"...gesa pelaksanaan penuhnya untuk membantu rakyat Myanmar mencapai resolusi damai inklusif dan mampan ke arah kesejahteraan rakyat Myanmar, sekali gus menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan itu. - Bernama