Demi pertahan maruah negara, Indonesia tangguh bantuan asing bencana banjir

Iklan
Kejadian banjir di Indoensia mengorbankan ratusan nyawa di tiga wilayah.

MATARAM – Kerajaan Indonesia belum membuka akses bantuan asing bagi menangani bencana banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatra kerana masih mampu menggerakkan kekuatan nasional serta mahu mempertahankan maruah negara.

Pengerusi Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD RI), Sultan Bachtiar Najamuddin berkata, keputusan Presiden Prabowo Subianto itu wajar memandangkan kerajaan mempunyai keupayaan domestik mencukupi untuk menguruskan situasi kecemasan secara pantas dan terkoordinasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selagi negara berupaya menangani bencana secara berdikari, kebergantungan kepada bantuan luar tidak perlu dibuka.

“Saya sependapat dengan Presiden selagi negara ini mampu mengurus dan memulihkan bencana ini dengan cepat. Maruah bangsa perlu dipertahankan,” katanya seperti dipetik tempo.co, Khamis.

Iklan

Sultan menjelaskan, setiap keputusan melibatkan bantuan antarabangsa dibuat berdasarkan penilaian strategik yang mendalam, khususnya ketika negara berdepan krisis besar.

Katanya, prinsip itu turut menjadi asas kepada keputusan kerajaan yang belum menaikkan status banjir dan tanah runtuh di Sumatra sebagai bencana nasional, walaupun kejadian tersebut telah mengorbankan ratusan nyawa di tiga wilayah.

Iklan

Beliau menegaskan, kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan tahap bencana serta langkah susulan yang sesuai.

Sebagai wakil rakyat di peringkat nasional, Sultan menggesa orang ramai memberi ruang kepada kerajaan untuk membuat keputusan seterusnya, termasuk kemungkinan membuka bantuan asing atau menaikkan status bencana.

“Keutamaan kini ialah mempercepatkan proses pemulihan, termasuk bantuan kepada mangsa serta pemulihan trauma wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan pendataan kerugian yang tepat bagi memastikan usaha pengurusan dan pemulihan bencana dapat dilaksanakan secara berkesan dan terukur.-Agensi